Assalammualaikum . Haiyooo ! Dah bersawang-sawang Little Diary aku nie lahh . Dah terbiar dahh . Hahaha . Okayy tak apa , hari ini aku bersihkan dengan cerita yang aku nak story . Cehhh , macam bangang jelahh . Sebelum tuh , aku nak cakap sikit . Aku dahh kurus aww ! Hahaha . Maklum lahh , sebulan kan puasa . Perhhh , kurus habis siott ! 3 kg turun . Sejarah tauuuu . Okayy , hiraukan pasal tuhh . Tak penting pon kan .
Okayyy . Aku start cerita dulu . Previously , aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin . Aku susun 10 jari , ampun dan maaf kalau-kalau aku ada buat salah yeee . Harap kesalahan diri ini di maafkan dengan seikhlasnya . Macam mana ? Best tak raya tahun nie ? Kalau korang tanya aku , aku akan cakap TAK BEST ! Sebab ape ? Sebab naik sekolah je terus TRIAL SPM . Cuakkkk sangat awww . Yelah , SPM nie lahh yang menentukan masa depan aku . Doakan aku yeee .
Raya tahun nie , raya yang kedua beraya tanpa seorang AYAH . Perasaan sedih tuh mesti lahh ada kan . Kalau boleh , mesti nak beraya dengan cukupnya ahli keluarga kan . Tapi nak buat macam mana . Tuhan lebih sayangkan dia . Semoga arwah Abah tenang di alam sana dan di tempatkan dengan orang-orang yang beriman . InsyaAllah . Yang paling penting Ejah tetap sayang Abah okayyy :)
Macam biasa , lepas sembahyang raya , aku akan balik kampung dan beraya di kampung . Setiap tahun jugak , setiap kali raya ketiga keturunan atok belah ayah aku , akan sambut Hari Keluarga . Tapi tahun nie , aku dengan keluarga pergi Hari Keluarga tak sampai 1 jam tauu . Sebab abang aku nak balik Kuala Lumpur , nak kerja . Nak buat macam mana kan . Tak dapat nak lepak-lepak dengan saudara mara aku . Tak apa lahh , tahun depan ada lagi . InsyaAllah , di panjangkan umur , kita jumpa lagi :)
Tengok ? Umur macam aku nie pon boleh dapat duit raya lebih 2 ratus tauuu .Hahaha . Banyak jugak dapat duit raya . Tak apa lahh , rezeki aku kan . Nak tahu tak ? Bila aku beraya dekat kampung , ada yang cakap aku anak first lahh , aku dah kerja lahh . Macam-macam lahh . Heiiiii makcik , pakcik ! Muka saye nie nampak tua sangat ke sampai makcik pakcik cakap saye anak sulung ! Sampai hati . It's okayyy lahhh , biasa lahh orang tua . Hehehe . Penatnya menaip . Alahaiii . Okayyy lahh guys , aku berhenti setakat nie lahh yee . Ada masa aku share story lagi . Okayyy bubye . And tak lupa untuk SPM Candidates , Good Luck for Trial okayy . Do the best yeahhhh !
Amacam ? Kurus tak ? Hahaha
Merah menyala . Maaf ! Ake seorang yang pemalu :p
Simple sahaja . Yang penting comel tuh . Hahaha . *Perasan japp .
Purple ? Tema keluarga aku tahun nie .
Family aku . Aku sayang korang semua :)